Bow with Respect
Malu sangatkah dengan aku ini?

Tuesday, May 24, 2016 @ 9:29 PM | 0 Comment [s]

Malu sangatkah dengan aku ini?
Maaf.
Aku tidak sempurna.
Maaf.
Aku gagal dalam menjadi yang terbaik buat kau.
Maaf.
Aku tak mampu kawal cemburu aku bila kau dengan perempuan lain.
Maaf.
Hanya maaf yang dapat aku ucapkan untuk menebus rasa malu kau itu.

Terkadang aku berfikir.
Tidak layakkah aku disayangi?
Tidak layakkah aku menyayangi?

Dan kenapa setiap yang menyayangi aku akan terluka?
Dan kenapa setiap yang disayangi aku turut terluka?
Maaf sekali lagi.
Itu semua diluar kuasa aku.

Terkadang aku berfikir.
Apa erti hidup tanpa sebarang rasa cinta?
Apa erti hidup tanpa sebarang rasa sayang?

Dan kenapa aku mudah terluka bila aku melukai insan lain?
Dan kenapa aku mudah kecewa bila aku kecewai insan lain?

Maafkan aku wahai insan yang hadir dalam hidup aku.

Terkadang juga aku merasa takut untuk menyayangi.
Terkadang juga aku merasa takut untuk disayangi.

Perwatakkan aku keras. Perwatakkan aku kasar.
Tapi jauh didalam sudut hati.
Hati aku lembut.

Aku berlakon.
Aku berlakon semuanya akan kembali seperti sedia kala.
AKu berlakon aku kuat menghadapi semua ini.
AKu berlakon hari hari aku ceria sentiasa.
Sungguh itu semua lakonan aku semata.

Tatkala ada segelintir insan meluahkan rasa terbuku mereka.
Aku mendengar.
Aku menghayati.
Dan,
aku mengalami.

Tetapi aku cuba kumpul semangat.
Tidak sesekali pun aku mempamerkan rasa lemah aku.
Kerana aku tau itu adalah kelemahan aku.

Dan sekarang.
Segala semangat yang aku hulurkan.
Segala kekuatan yang aku berikan.
Aku memerlukannya teramat sangat.

Datanglah semangat.
Datanglah kekuatan.

Zaman kanak-kanak aku dihadamkan segala benda.
Segala kata-kata yang tidak mungkin orang akan bertahan.
"Malu aku ada **** macam kau"
"Kau ni **** setan"
"Kau ni **** babi"
"Kau ni memalukan aku"
Sungguh kata-kata itu peneman ketika aku kecil.

AKu sedar akan hakikat.
Aku nakal.
Aku keras kepala.
Aku degil.
Tapi percayalah semua itu aku lalukan adalah untuk mempertahankan diri.
Aku tak mahu nampak lemah.
Aku tak mahu orang melihat aku dalam keadaan menangis.
Aku tak mahu orang memberi simpati kepada aku.

Tapi setelah aku menjauhkan diri dari cinta dan sayang..
Datang seorang insan medekatkan aku kepada perasaan itu.
Aku takut. Sungguh takut.
Aku tak kuat. Sungguh tak kuat.
Tapi setelah lama aku mendiamkan diri. Akhirnya aku menerimanya.
Tapi sebelum itu, aku memaklumkan kepadanya.
"Tidak akan ada sesiapa yang akan tahan dengan aku"
Aku maklumkan itu terlebih dahulu. Supaya kau maklum akan situasi aku.
Tapi lama kelamaan.
Kau jugak tidak tertahan.

Aku sudah maklumkan bukan?
Tapi kenapa kau tidak mempercayai nya wahai kekasih?
Dan sekarang kau pula yang terluka kerana aku.
Dan aku juga terluka kerana aku.

Kenapa...
Soalan yang tiada berpenghujung.
Kenapa...

Sakit. Sangat sakit wahai kekasih.
Sehinggakan kau pun malu terhadap aku.
Ye aku tau sakit. Tidak mengapa.
Kita sama sama cuba.
Cuba untuk kuat kembali.
Tapi aku tidak menjanjikan tempoh kekuatan aku kembali.
Mengambil masa sayang.
Masa yang lama.

Aku tau kau sayangkan aku.
Tapi aku juga turut tau kau dah puas dimalukan olehku.
Maaf sayang.
Segala yg kukorban kan untuk mu tiada makna.
Segala yg kau korban kan untuk ku hanya sia-sia.

Sayang selamat tinggal.
Aku kan pergi buat selamanya.
Aku pasti kau bahagia tanpaku selamanya.


Older Post | Newer Post